<body>
What's on your mind?
Friday, April 8, 2011

1. Persahabatan

Sahabat datang dan pergi :) Redha lah kerana setiap pertemuan ada perpisahan. Seperti aku, dahulunya aku mempunyai seorang sahabat yang amat aku sayangi, percayai, kagumi dan hormati. Sekarang dia telah pun pergi meninggalkan aku dan tidak mengaku bahawa aku sahabatnya :( Perkara ini sukar untuk aku terima tetapi hidup ini haruslah diteruskan. Saban hari aku menempuhi hidup baharu, aku telah ditemukan dengan sahabat dari kecil aku. Sekarang aku bahagia dengan hidup ini. Bersyukur kepada ilahi. Aku sentiasa mendoa kan bekas sahabat2 aku yang enggan memgaku aku sahabat sihat sejahtera dan bahagia disamping orang yang tersayang.

2. Cinta

Bagi aku bercinta bagi umur yang muda ini ialah sesuatu permainan dimana ia mematang kan diri kita. Aku single? Ya, mungkin aku single. Aku sebenarnya tidak tahu apakah status aku saat ini. Aku juga tak menghiraukannya kerana ia hanya membuang masa. Aku memang ada perempuan idaman. Mungkin ia tidak layak buat ku. Kami mungkin tidak setaraf. Tetapi kalau kami berjodoh, InsyaAllah takan pegi ke mana.

3. Keluarga

Sebut tentang keluarga, aku akan menitiskan air mata walaupun hanya setitik. Aku tidak tahu mengapa aku sensative sangat tentang keluaga. Aku merindui keluarga aku yang terdahulu. Aku ingin kan kebahagian diantara kami sekeluarga.

4. Persekolahan

Aku suka pergi sekolah kerana disitu aku boleh berjumpa dengan sahabat2 karib yang seing menemani aku apabila aku berada dalam keadaan susah mahupun senang. Di sekolah aku hanyalah seorang murid yang pendiam dan pemalu. Di sekolah juga aku selalu dihina, dipuji, dikutuk dan disayangi.

5. Pekerjaan?

16tahun berkerja? Ya, aku berkerja. Aku berkerja kerana aku bukan lah datang dari keluarga yang senang. Aku bekerja kerana ingin meringgankan beban ibu dah ayah. Alhamdullilah setakat ini, aku suka berkerja di tempat kerja aku. Aku mempunyai ramai kawan yang lebih dewasa dari aku. Kiranya akulah yang paling kecil kat sana :)

6. Handphone?

Bagi aku semua itu tidak lah penting. Aku tak kisah jika disuruh mengunakan telefon yang tidak canggih. Actually, hp yang aku tenggah guna sekarang ni tidak lah canggih. Aku tak da Blackberry mahupun iPhone. Aku guna Nokia sahaja.

Aku rasa itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Semua yang tertera diatas ialah apa yang berada di minda aku pada saat ini :D Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
lotsalove : farz