Aku harus sedar yang sabahat aku telah pun berpunya. Sepatutnya aku faham, yang mereka harus menghabiskan masa mereka bersama kekasih hati. Bukan lagi dengan diriku sahabatnya. Dengan itu, aku harus menghindarkan diri daripada mereka. Antara sebab aku melakukan perkara demikian adalah kerana aku tidak ingin perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan, perpisahan, penyesalan dan kebencian berlaku kelak. Wahai sang sahabat, sekiranya dikau membaca entry/post ini, adalah dimaklumkan bahawa bukan lah diriku enggan lagi berseronok bersama tetapi aku hanya ingin menghindari daripada sesuatu yang buruk berlaku. Jadi akhir kata dari aku, semoga berbahagia bersama yang tersayang. Ingatlah bahawa sahabatmu ini sentiasa mendoakan kalian. Pabila aku tidak bersama kalian kelak, usahla dicari diriku dan jangan bimbang, aku tidak akan bersedih ada berasa sunyi kerna melihat kalian bahagia aku turut merasakannya. Dan diasaat kalian ingin perlukan diriku, hubungilah aku kerana aku akan sentiasa ada untuk kamu wahai sahabat :) Terima kasih. Xoxo

